Thursday, December 13, 2012



HaTiMu MiLiKkU <3



Shahira memasukkan buku dan alat tulisnya sebaik sahaja pensyarahnya menamatkan pengajaran tengah hari itu. Temu janji dengan Sufian di perpustakaan universiti mempercepatkan setiap pergerakannya. Sempat dia menjeling jam tangan berwarna hijau pemberian Sufian di pergelangan tangannya. 1.55 pm! Shahira mengeluh dan serta merta perasaan geram menjalar dalam hatinya.


 ‘Kalau bukan sebab tak tunda kuliah minggu lepas, dah tentu tak adalah jadi macam ni. Mengajar laju macam pelesit pulak tu’ 

gumam Shahira dalam hati. Geram dengan sikap pensyarah kursus Patologinya yang memanjangkan waktu kuliah hari itu hampir sejam lamanya dan langsung tidak mengendahkan perasaan pelajar-pelajarnya.  Sebelum sempat melangkah keluar daripada dewan kuliah, Shahira mendengar namanya dipanggil dari arah belakang. Sebaik menoleh, dilihatnya Syamir sedang terkocoh-kocoh menghampirinya.

“Ira nak tak lunch dengan saya lepas ni?” 

Tanya Syamir dengan penuh sopan. Entah kenapa karekter Syamir yang agak happening dan lucu dalam kalangan rakan-rakannya berubah menjadi sangat sopan dan lembut apabila berhadapan dengan Shahira.

“Maafla Mir, Ira dah janji nak makan dengan Pian. Dia dah tunggu Ira kat library tu. Ira pergi dulu ya” 

tanpa memberi peluang untuk Syamir membalas, Shahira terlebih dahulu melangkah pantas keluar dari dewan kuliah. Syamir hanya memerhatikan langkah Ira yang kelihatan tergesa-gesa menuju ke kereta kancilnya dengan perasaan yang kecewa. Masuk kali ini, sudah tujuh kali ajakannya ditolak. Namun, dia tidak pernah serik-serik untuk meraih cinta Shahira yang telah dipuja sejak mula bergelar mahasiswa di universiti yang berada di Negeri Bawah Bayu ini.


“Sudah-sudahlah tu.. Orang dah berpunya,nak buat macam mana..Jom makan!” 

pujuk Sahar sambil merangkul bahu rakan karibnya itu. Syamir, dengan senyum yang dibuat-buat hanya menurut. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang sejak tadi memerhatikan drama sebabak itu. Gadis itu tersenyum puas.


........................................to be continue..............................................



#CINTA layaknya seperti seekor rama-rama...semakin kita kejar, semakin jauh ia terbang meninggalkan kita..biarkan sahaja rama-rama itu terbang ke mana sahaja yang ia suka..siapa tahu, bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu, ia akan mengibaskan sayapnya ke arahmu menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang tidak kau sangka..mungkin sahaja rama-rama yang kau kejar itu bukan rama-rama yang diperuntukkan ALLAH untukmu...






Monday, February 27, 2012

umur baharu


ALHAMDULILLAH…genap sudah 21 tahun usiaku kelmarin..macam xpercaya! Rasa masih di tingkatan 2..(ciri-ciri org yg xsedar diri:P)..banyak ucapan,doa & xkurang kutukan yg aku terima..buka kutukan apa,kan dah naik satu tahun lagi umur..sindir menyindir, beramah-tamah tu biasala…




Untuk doa semoga panjang umurlah,murah rezekilah,dapat redha & rahmat ALLAH lah, sukses selalula  & ‘la-la’ yg lain, aku amiiiiiiiinnnnnnnnnnnn kan panjang-panjang. Memang itu pun yg semua hamba ALLAH ingin-inginkan.. Tanpa semua tu, maka “rosaklah ‘lagu’, pincanglah ‘irama’” (lu pikirla sendiri!) 21 tahun, bukan jangka masa yg sekejap owhhh.. Banyak benda & pengalaman yg aku dah lalui sepanjang tu. Mungkin xdala seturuk atau seburuk sesetengah orang kn..tp cukup mendewasakan aku (ceh!)

ne comfirm2 pincang irama..aiyyo!


Xlama lagi INSYAALLAH grad, pastu masalah baru plak dtg..cari kerja! Then kawin (kalau ada yg sudi), then ada anak, then ada cucu, then cicit, then hidup sampai beratus-ratus tahun lamanya!! Wah, macam mumia plak! INSYAALLAH…apa pun, ALLAH yg tentukan..aku cuma mengharap & mendoakan pengakhiran yg baik untuk diri sendiri ;-) (aminkan lah..)



Perancangan sempena ‘umur baru’ ne…erm..mengundi!!(erk)..bukan,bukan…aku xlah sesemangat itu! Kalau cakap pasal mengundi ne, aku betul-betul no idea..bukan tau sangat pun politik-politik ne..atau dalam bahasa pasarnya, aku xminat politik..nanti-natilah aku fikirkan..ehe..:P



Sebenarnya aku mau tingkatkan poiter aku..xdala teruk sangat pun..memang xteruk, tapi masih xmemuaskan aku..(p/s : manusia memang xpernah puas!) ( Aku : hmm,yela..yela..) Mudah-mudahan impianku ini tercapai..aminnn..untuk itu, chaiy0k ella!!


umur makin meningkat..amal??


“you can’t do anything about the length of your life, but you can do something about its width and depth”    -Shira Tehrani 

Wednesday, February 22, 2012

Cubaan Yang Baru

Assalamualaikum..

Untuk pertama kalinya jari jemariku menari dia atas keyboard ini untuk menulis blog..(alhamdulillah...sihat masih jari-jariku). Tau..ramai da yang ada blog.. Sedangkan aku,baru mau berjinak-jinak. InsyaALLAH sama-sama kita berjuang k..(berjuang??)

apasal aku seram tgk jari ne??erk..


Maaf kalau penggunaan 'aku' agak kasar pada pandangan & pendengaran sesetengah orang..tapi bagi aku, 'aku' menunjukkan betapa rapatnya hubungan antara orang-orang yang terlibat. Macam dalam kes ini, aku & yang membaca entri ini. Ala..kita berdoa dengan ALLAH pun guna aku kan?? Adakah sapa2 cni yang berdoa guna 'saya AWAk' ngn ALLAH..angkat tangan sikit? xda kann..So,no hard feeling k..aku memang biasa guna 'aku'..x bermaksud kurang ajar atau kurang asam k..;-)

AKU mohon padaMU YA ALLAH.....


Untuk ayat-ayat bermadah kata,berbisik manja,bersulam dusta (erk)..memang aku x berapa nak pro..almaklumlah...lama da tinggalkan buku teks Bahasa Melayu & Antalogi Sehijau Warna Daun..sikit-sikit tu mungkin boleh..haha..Tapi,untuk entri permulaan ne,memang aku no idea sangat..biasala kalau baru masihkan?

rindu plak buku ne..

Rasanya itu jakla kot..mau buat entri pasal sejarah politik di Malaysia,rasanya x sempat..mau masuk Zuhur dah ni..lagipun,bukan aku tau pun politik-politik ne..saja jak berlagak kejap:P

oklah,rasanya..percubaan baru aku untuk belajar blogging ne berjayala jugak kn? InsyaALLAH akan aku teruskn!^^

Aminnn...
ahahaha..tengkiu..tengkiu!!^^


p/s : Life is Short! So be Happy, Forgive Quickly, Kiss Passionately, Love Deeply, Laugh Uncontrollably and Never Regret Anything that make you Smile!